.........

.........Membangun BerSama Catur Kelate..........

Kenangan Bersama

Aku Adalah Aku

AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI DIA,
KERANA DIA YANG CUKUP SEMPURNA..
AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI KAMU,
KERANA KAMU YANG CUKUP BAHAGIA
AKU ADALAH AKU,
YANG SENTIASA KESUNYIAN ,
YANG SENTIASA KESEPIAN.
AKU BERDOA SATU HARI NANTI,
AKU DAPAT MENJADI.
AKU,DIA DAN KAMU!!!

Chess is My Life

Monday, 11 August 2008

Temuramah Bersama Muhammad Arshad



Temuramah Bersama Muhammad Arshad

Muhammad Arshad (photo atas) - Setiausaha bagi Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT) merupakan seorang pengiat catur yang amat aktif di arena tempatan. Beliau sendiri adalah seorang pemain catur yang berkaliber dan berpengalaman, walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini beliau telah memilih untuk lebih fokus dalam pembangunan catur di negeri Terengganu khususnya dalam melahirkan bakat-bakat catur baru. Ikuti temuramah Hairulov dengan beliau semasa di MAKSAK Pulau Pinang 2008 baru-baru ini.


Terangkan serba sedikit mengenai diri anda ?

Saya berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan ayah saya seorang polis. Saya dilahirkan kira-kira 44 tahun dahulu. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gong Kapal, Kuala Terengganu manakala Sekolah Menengah di SM Chong Hwa, Kuala Terengganu juga. Saya seorang ahli perniagaan , telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.


Bagaimama anda mula bermain catur ?

Saya mula bermain catur mulai tahun 1972 semasa era Fischer Boom . Abang saya yang mengajar saya bermain catur. Beliau mengajar saya pergerakan buah-buah catur secara satu persatu. Semasa itu saya tidak bermain dimana – mana pertandingan kerana tiada maklumat yang saya ketahui mengenai pertandingan-pertandingan catur.

Pertandingan catur saya yang pertama ialah semasa saya belajar di Sekolah Chong Hwa dimana saya berjaya menewaskan (pukul!) semua guru-guru yang memasuki pertandingan tersebut. Seterusnya pada 1979 saya memasuki pertandingan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu (Zon Terengganu Selatan). Antara pemain hebat yang bermain dikejohanan tersebut ialah Lim Beng Huat – seorang pemain segenerasi dengan FM Peter Long . Lim Beng Huat sekarang ini menetap di Canada. Beliau merupakan antara pemain catur terkuat di peringkat MSSM. Selepas itu, saya telah terpilih mewakili Zon Terengganu Selatan untuk bermain di peringkat MSSM Terengganu dimana dalam pertandingan tersebut saya berjaya dipilih untuk bermain bagi Negeri Terengganu untuk kejohanan MSSM.

Pertandingan catur seterusnya yang saya sertai ialah Pertandingan Catur MSSM pada tahun 1981 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Antara penganjur yang bertanggungjawab menjayakan pertandingan tersebut ialah Charlie Chan.

Pada tahun 1984, saya menyertai pula sebuah pertandingan Catur Novis, Universti Teknolgi Malaysia, Jalan Semarak dimana saya berjaya mendapat tempat ke-10.
Bagi pasukan Terengganu pula, pertandingan yang saya tidak dapat saya lupakan ialah semasa pasukan Terengganu menjadi Johan dalam Pertandingan Catur Berpasukan Antara Negeri di Sabah pada tahun 1991 dan saya berjaya mendapat hadiah papan kedua terbaik!
Sehingga hari ini saya masih terus bermain di pertandingan-pertandingan catur diperingkat tempatan.


Apakah jawatan anda dalam Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT) ?

Saya merupakan setiausaha PCNT sejak 1991 dan pada masa ini, saudara Rahim Ramli (photo kanan) merupakan Presiden PCNT .


Boleh anda jelaskan serba sedikit mengenai objektif dan matlamat PCNT?

Objektif dan matlamat PCNT ialah untuk mempopularkan dan memperkembangan sukan catur di Terengganu. Ini kerana , selain daripada 2-3 ibubapa yang serius memperkembangkan bakat anak-anak mereka dalam permainan catur, majoriti para ibubapa di Terengganu yang mempunyai anak – anak yang bermain catur hanya mengganggap permainan ini hanyalah untuk suka-suka sahaja.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya keseriusan para ibubapa adalah kerana pertandingan-pertandingan banyak tertumpu di sekitar Kuala Terengganu manakala didaerah-daerah lain agak terbatas. Kebanyakan pemain-pemain catur pasukan Negeri Terengganu menetap di Kuala Terengganu.


Ok, bolehkah anda nyatakan perancangan Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT ) untuk tahun ini ?

Perancangan PCNT ialah menganjurkan pertandingan-pertandingan catur diperingkat Negeri Terengganu seperti Program Pencarian Jaguh Catur Negeri Terengganu yang merupakan satu siri pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat catur di negeri Terengganu.

Sebanyak 5 siri Pertandingan Pencarian Jaguh Catur Negeri Terengganu dibawah tajaan Pusat Minda Terengganu dengan kerjasama PCNT telah dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Pusat Minda Terengganu merupakan sebuah organisasi di bawah kerajaan negeri Terengganu. Lebih RM 100,000 telah dibelanjakan untuk program-program seperti ini.


Pertandingan Pencarian Jaguh Catur Negeri Terengganu Siri 2 akan dilaksanakan pada 8-9 Ogos 2008 manakala siri 3 pula akan diadakan pada 22 Ogos 2008. Siri 4-5 akan diadakan pada penghujung tahun ini. Siri yang terakhir adalah FIDE Rated Tournament yang akan diadakan pada 18-23 Disember 2008. Selain daripada menganjurkan pertandingan-pertandingan, pelaksanaan program pembangunan catur yang lebih teratur dan berkesan juga penting. Program-program yang dimaksudkan ialah seperti program kejurulatihan dan bengkel. PCNT juga bercadang untuk melatih para guru tadika mengenai asas permainan dan teknik catur supaya mereka dapat membimbing bakat-bakat catur diperingkat bawah lagi.



Apakah pandangan anda mengenai hala tuju sukan catur di Malaysia ?

Pada pandangan saya , halatuju sukan catur di Malaysia berada pada landasan yang betul. Walaubagaimanapun, peruntukan kewangan yang signifikan perlu sebagai satu pelaburan bagi mempertingkat sukan ini. Ini kerana kebanyakan pemain-pemain catur berbakat dinegara kita kebanyakannya akan mula tidak aktif apabila berada di Universiti atau memasuki bidang kerjaya masing-masing. Ini kerana dinegara kita, sukan ini tidak dapat menyumbangkan pendapatan tetap dan menjamin masa depan.

Selain daripada itu, pihak kerajaan perlu membuat perubahan dasar terhadap sukan-sukan bukan fizikal seperti catur. Kerajaan perlu memberi lebih peruntukan bagi sukan ini. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil, walaubagaimanapun asas pembangunan sukan ini agak lemah pada masa ini. Sebagai contoh, dikebanyakkan sekolah, jurulatih catur kebanyakkannya terdiri daripada guru-guru “bidan terjun” yang tidak mempunyai asas catur yang baik.
Dari segi media pula, laman-laman web catur tempatan agak aktif memaparkan perkembangan catur tempatan berbanding media-media konservatif seperti media massa dan media elektronik.
Terima Kasih atas temuramah yang menarik ini.
Sama-sama.



Monday, 4 August 2008

ABDULLAH CHE HASSAN IS THE CHAMPION

Abdullah Che Hassan simply to good to other 49 participant in the Kelantan open which ended this evening.He easily stamp his authority in the first five games before conceded a draw with former Petronas player Azahari Mohd Nor in last round and walk away with a cool RM800.Abdullah record in the 30 minutes play is quite good base on his performances in local circuit this year.Muhammad Arshad finished clear second when he loses to eventual winner the Fourth round.Third Mohd Khair Wahidduddin who beat Fairul "Gambit" Yusof in the last round.Meanwhile in the under 15 category Ahmad Zulhilmi finished first followed by Laila Husna Sanadi and Wan Emilia Ellisya.
Prize winners in the Open section
  1. Abdullah Che Hassan RM800
  2. Muhammad Arshad RM500
  3. Md Khair RM300
  4. Azahari Mohd Nor RM100
  5. Kamal Azmi RM100
  6. Abd Khalid Musa RM100
  7. Ali Akhbar Kuning RM100
  8. Md Zainuddin RM100
  9. Fairul Yusoff RM100
  • Best Kelantan player won by Mohd Azizul Daud and RM200

Under 15 section prize winners

  1. Ahmad Zulhilmi RM200
  2. Laila Husna RM150
  3. Wan Emilia RM100
  4. Fadhil Aiman RM50
  5. Md Afiq Aiman RM50
  6. Md Muhaimin RM50
  7. Najihah RM50
  8. Md Fadhil RM50
  9. Md Afham RM50
  10. Md Ahza RM50

Monday, 28 July 2008

Pertandingan catur tertutup SMK Putera






Friday, 25 July 2008

Dewasa bersama catur

Dipetik dari Harian Metro (23/06/2007)

Dewasa bersama catur oleh Md Fuzi Abd Lateh

BANYAK keistimewaan remaja kembar, Nur Shazwani Zullkafli, 18, dan abangnya, Zarul Shazwan Zullkafli, 18, dalam permainan menguji minda, catur.

Biarpun hanya bermula dengan hobi, Nur Shazwani mampu berdiri gagah di arena pertandingan kebangsaan dan antarabangsa bagi mengharumkan nama keluarga dan negara.

Gadis manis ini mula menjinakkan diri dalam permainan catur sejak berusia lima tahun bersama pasangan kembarnya, Zarul Shazwan yang dibimbing ayahnya selaku jurulatih bertauliah, Zullkafli Mat Daud, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung, Selangor.

Ibunya, Suffiah Muhammad yang juga pendidik, bertindak sebagai pengurus kembar berkenaan.

Menurut Nur Shazwani, hobi bermain catur dapat mengasah minda dan melatih sifat penyabar dalam diri setiap individu, khususnya remaja.

“Saya bangga dan bersyukur dilahirkan dalam ‘keluarga catur’. Banyak kejayaan diraih hasil sokongan padu ayah, ibu, abang dan adik yang menjadi pendorong kuat.

“Sejak berusia lapan tahun, saya mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Pengalaman demi pengalaman ditimba bagi mendewasakan diri dengan permainan yang menguji kehebatan minda, ketelitian dan kesungguhan usaha ini.

“Hasilnya, saya meraih lebih 300 kejayaan sejak lapan tahun lalu di pelbagai kejohanan bermula di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Dalam permainan catur, katanya, dia perlu cekap mengatur strategi kerana musuh sentiasa bernafsu meruntuhkan pertahanan bila-bila masa.

Tersilap pergerakan, tenteranya akan menjadi korban. Biarpun tidak memerlukan senjata api berbahaya dan kereta kebal, usaha memerah minda sebenarnya aset berharga.

Nur Shazwani muncul juara bawah 10 tahun pada 1999, diikuti juara bawah 12 tahun kebangsaan pada 2000 dan 2001. Pada 2002 dan 2003 dia turut mempertahankan kejuaraan kejohanan kategori bawah 14 tahun.

Di peringkat antarabangsa, dia menyarung jersi negara dalam Kejohanan Catur Ke-4 Asean pada 2003 dengan meraih pingat gangsa, mengutip emas di Kejohanan Olimpik Remaja Dunia di Calicut, India dan dinobat pemain terbaik di Kejohanan Catur Dunia Olimpiad di Calvia Mallorce, Sepanyol.

“Terbaru, saya mendapat tempat ke-40 daripada lebih 100 penyertaan dalam Kejohanan Catur Olimpik di Itali pada 2006 dan mendapat tempat ketiga (individu) dan johan berpasukan dalam Kejohanan Antara Universiti Dunia di Universiti Malaya tahun ini.

“Pembacaan dan usaha keras pembelajaran di sekolah juga mampu melahirkan kematangan minda remaja untuk berfikiran kreatif serta kritis bagi melunaskan segala perancangan dibina,” katanya ketika ditemui di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Anak kedua daripada empat beradik ini bersama abangnya, Zarul Shazwan, kini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Malaya pada 1 Julai ini selepas cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Ibu dan ayah kembar ini juga orang kuat sukan catur di Selangor dan peringkat kebangsaan. Ternyata hobi unik pilihan keluarga ini berbaloi.

Zarul Shazwan juga berpendapat pembabitan remaja dalam permainan catur memberikan wadah baru kepada mereka agar lebih berfikiran terbuka menuju masa depan cemerlang.

“Dengan latihan mantap setiap hari, saya mampu berdiri sebagai jaguh dalam sukan catur. Kalah dalam pertandingan tidak bermakna kita terus menerima nasib serupa, asalkan ada kesungguhan ia mampu mengubah tahap yang dimiliki itu,” katanya.

Tuesday, 24 June 2008

SUKAN FELDA KEBANGSAAN RESULT

Here are the result of the team tournament.Eleven team from all of Felda groups took part in this two days event.
  1. Felda Wilayah Jengka 19.5
  2. Felda Wilayah Segamat 16.5
  3. Felda Wilayah Gua Musang 14.5
  4. Felda Wilayah Kuala lumpur 14
  5. Felda Wilayah Mempaga 12
  6. Felda Raja Alias 10
  7. Felda Johor Bharu 9.5
  8. Felda Wilayah Kuantan 8.5
  9. Felda Wilayah Alor Setar 6.5
  10. Felda Wilayah Terengganu 6
  11. Felda Wilayah Trolak 5
  • Best board winners
  1. First board Talib Husin Felda Segamat 5.5
  2. Second board Md Rizuan Ismail Jengka 5/6
  3. Third board Md Azli Hezrin Sazali Gua Musang 6/6
  4. Fourth Board Bahari Ali Jengka 5.5.
  5. Md Norady Mukin Johor Bharu 2.5/3

Kuantan Chess Masters Rapid Junior 2008



Date : 29th June 2008 (Sunday)

Time : 7.45 - 8.30 check in Round 1 starts at 8.30am

Venue : SMK Paya Besar

Prizes : Top 5 for U-20, U-16, U-12 and U-9 boys and girls will receive medals and certificates of achievement. The overall winner will be crowned KUANTAN JUNIOR CHAMP and will received special prize that will be announced later at the tournament hall.

To register and further info please call:

Khairunnisa' - 019-9699879
En Kamal Azmi - 019-9282787
En Nordin - 012-9017143
Pn Nurul - 016-9334088
Pn Asmaiani - 016-9305815

CLOSING DATE FOR REGISTRATION : 26TH JUNE 2008 (THURSDAY)

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.


'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,

'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

wallahualam...

Tuesday, 17 June 2008

Manusia, Malaikat, Syaitan ..

Manusia, Malaikat, Syaitan ..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..
rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti
seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk?

Saturday, 14 June 2008

Omega-Achilles Gambit gam




Listed below is a recent Omega-Achilles Gambit game (1.c4 Nf6 2.e4)
where Black gets into trouble by declining the gambit pawn at e4 by
playing e6. A lot of times I get a good game if my opponent declines
the gambit pawn. It is actually better to take the gambit pawn. I
actually get better games from declined gambit positions than I do if
my opponent accepts the gambit pawn. Although I would rather play the
gambit accepted game.

Best Regards
Clyde Nakamura

[Event "Rated game, 5m + 0s"]
[Site "Main Playing Hall"]
[Date "2008.06.10" ]
[Round "?"]
[White "DarthMusashi" ]
[Black "MikeH"]
[Result "1-0"]
[ECO "A15"]
[WhiteElo "1864"]
[BlackElo "2044"]
[Annotator "Omega-Achilles Gambit"]
[PlyCount "45"]
[EventDate "2008.06.10" ]

1. c4 Nf6 2. e4 {Omega-Achilles Gambti} e6 {Black declines the gambit
pawn} 3. e5 Ng8 4. Nc3 Ne7 5. f4 d5 6. d4 c6 7. Nf3 b6 8. Bd3 Bb7 9.
O-O dxc4 10. Bxc4 Nd5 11. Ng5 h6 12. Nxf7 {+- 1.98 Deep Junior 10
agrees that this is the best move.} Kxf7 13. f5 Qh4 {? +- 3.70 Deep
Junior 10 this is an error, Black is playing too agressively} (13...
Qe8 14. fxe6+ Kxe6 15. Qg4+ Ke7 16. Bxd5 cxd5 17. e6 h5 18. Qg5+ Kd6
19. Bf4+ Kxe6 20. Qe5+ Kf7 21. Bc1+ Kg8 22. Qxe8 {+- checkmate in 5
according to Deep Fritz 8}) 14. fxe6+ Kxe6 15. g3 (15. Bxd5+
cxd5 16. Rf4 Qd8 17. Qh5 Qd7 18. Bd2 Qc7 19. Raf1 Bc5 20. Qg4+ {
+- mate in 11 according to Deep Junior 10}) 15... Qh3 16. Be2 {
threatening Bg4+ winning the Black Q} h5 17. Ne4 {threatening Ng5+
forking Blacks K & Q} Be7 18. Bg5 Nd7 19. Bxe7 Kxe7 20. Qd2 {
threatening Qg5+} Nxe5 21. dxe5 Raf8 22. Qg5+ Kd7 23. Qxg7+ {
+- 18.65 Deep Junior 10} 1-0

Friday, 13 June 2008

Cara menolong org yg sedang nazak.

DIPANJANGKAN. .......... .RENUNGAN BERSAMA JANGAN DUK MAIN CHESS JAH..

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

Assalammualaikum

Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

MenurutUstaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengahdengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akanmenjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah
nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa
ila ha illallah'lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam
menghadapisakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYAdlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2melalui ikutan adat. Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.

Wassalam.

Saturday, 7 June 2008

Stop-Motion Chess: Kasparov x Radjabov Linares 2003

Garry vs. Jarek

Gary Kasparov ( DIA TEMU RAMAH AKU) Hehheh

SEK GANAS MAIN CHESS

Le journal télévisé des Echecs (Français)

INFO TERBARU: TERBUKA PORT KELANG 2008



INFO TERBARU: TERBUKA PORT KELANG 2008

10 04 2008
PASTI HEBOH !!! Ada pertambahan hadiah !!!!!
ISTIMEWA :
1. Hadiah wang tunai keseluruhan : RM2820.00
2. Ketiga tiga kategori ( OPEN, TEMPATAN & BAWAH !2 ) - hadiah hingga tempat ke 15.
3. 6 Kategori hadiah tambahan - Terbaik Veteran, Wanita, Bwh 18, IPT , OKU & Best Girl Bwh 12 Tahun.
4. Keseluruhan : 9 Piala + 42 Medals disediakan.
5 MINIMUM 10 HADIAH CABUTAN BERTUAH MESTI DIMENANGI!!!
6. SARAPAN PAGI DISEDIAKAN PERCUMA!!!
SEMUA PESERTA MEMILIKI PELUANG SAMA RATA UNTUK MENANG !!!
SELAMAT DATANG KE TELOK GONG, 17 ME1 2008!!!
_______________________________________________________________________________________________

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PELABUHAN KLANG 2008

( RATING 1800 KE BAWAH )

Anjuran Jawatankuasa Kemajuan Belia Kg. Telok Gong ( JKB )

TARIKH :17 MEI 2008

HARI :SABTU

MASA :08.00 pg – 5.00 ptg ( Pusingan 1 jam 9.00 pagi )

TEMPAT :DEWAN SERBAGUNA KG. HAMID TUAH TELOK GONG,

PELABUHAN KLANG.

YURAN :OPEN (RM20), TEMPATAN (RM15), BAWAH 12THN ( RM10 )

FORMAT :SWISS SYSTEM 6/7 PUSINGAN ”

Time Control : 25 / 30 minit.

Tie-break : Solkoff , SB , PS

HADIAH

OPEN

TEMPATAN

BAWAH 12 TAHUN

Johan

300.00 + piala + sijil

200.00 + piala + sijil

150.00 + piala + sijil

Naib Johan

250.00 + piala + sijil

150.00 + piala + sijil

130.00 + piala + sijil

Ke 3

200.00 + piala + sijil

130.00 + piala + sijil

100.00 + piala + sijil

Ke 4

100.00 + medal + sijil

90.00 + medal + sijil

70.00 + medal + sijil

Ke 5

90.00 + medal + sijil

80.00 + medal + sijil

50.00 + medal + sijil

Ke 6

80.00 + medal + sijil

70.00 + medal + sijil

Medal + sijil

Ke 7

70.00 + medal + sijil

60.00 + medal + sijil

Medal + sijil

Ke 8

60.00 + medal + sijil

50.00 + medal + sijil

Medal + sijil

Ke 9

50.00 + medal + sijil

40.00 + medal + sijil

Medal + sijil

Ke 10

40.00 + medal + sijil

30.00 + medal + sijil

Medal + sijil

Ke 11

Medal + sijil

Medal + sijil

Medal + sijil

Ke 12

Medal + sijil

Medal + sijil

Medal + sijil

Ke 13

Medal + sijil

Medal + sijil

Medal + sijil

Ke 14

Medal + sijil

Medal + sijil

Medal + sijil

Ke 15

Medal + sijil

Medal + sijil

Medal + sijil

Kategori Terbaik

Veteran

30.00 + medal + sijil

-

Bawah 18

30.00 + medal + sijil

-

IPT

30.00 + medal + sijil

-

Perempuan

30.00 + medal + sijil

30.00 + medal + sijil

OKU

30.00 + medal + sijil

-

Sebarang Pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada :-

ZAMRI BIN SAJARI ( O16-2775005 ) ( zamris70@yahoo.com.my )

AZHAR BIN MOHD SAID - ( 012-2687653 ) puteriams@ yahoo.com.my / ams@westports.com.my

Daftar sebelum 15 Mei 2008!!! Cepat!!! Melalui SMS diterima!

SARAPAN PAGI DISEDIAKAN…….

MENARIK : MINIMUM 10 CABUTAN BERTUAH MESTI DIMENANGI!!

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

My Time

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan...


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
>>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.
>>> Anda ada dua pilihan sama ada:
>>> 1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
>>> 2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

WelCome!!!!!!!

WelCome!!!!!!!

Shredder Computer Chess

Cikgu Baharuddin

Cikgu Baharuddin

BadBishop VS NanHunter

BadBishop VS NanHunter

NanHunter

NanHunter

Kherul

Kherul

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

GM Abe Lee

GM Abe Lee