.........

.........Membangun BerSama Catur Kelate..........

Kenangan Bersama

Aku Adalah Aku

AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI DIA,
KERANA DIA YANG CUKUP SEMPURNA..
AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI KAMU,
KERANA KAMU YANG CUKUP BAHAGIA
AKU ADALAH AKU,
YANG SENTIASA KESUNYIAN ,
YANG SENTIASA KESEPIAN.
AKU BERDOA SATU HARI NANTI,
AKU DAPAT MENJADI.
AKU,DIA DAN KAMU!!!

Chess is My Life

Friday, 25 July 2008

Dewasa bersama catur

Dipetik dari Harian Metro (23/06/2007)

Dewasa bersama catur oleh Md Fuzi Abd Lateh

BANYAK keistimewaan remaja kembar, Nur Shazwani Zullkafli, 18, dan abangnya, Zarul Shazwan Zullkafli, 18, dalam permainan menguji minda, catur.

Biarpun hanya bermula dengan hobi, Nur Shazwani mampu berdiri gagah di arena pertandingan kebangsaan dan antarabangsa bagi mengharumkan nama keluarga dan negara.

Gadis manis ini mula menjinakkan diri dalam permainan catur sejak berusia lima tahun bersama pasangan kembarnya, Zarul Shazwan yang dibimbing ayahnya selaku jurulatih bertauliah, Zullkafli Mat Daud, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung, Selangor.

Ibunya, Suffiah Muhammad yang juga pendidik, bertindak sebagai pengurus kembar berkenaan.

Menurut Nur Shazwani, hobi bermain catur dapat mengasah minda dan melatih sifat penyabar dalam diri setiap individu, khususnya remaja.

“Saya bangga dan bersyukur dilahirkan dalam ‘keluarga catur’. Banyak kejayaan diraih hasil sokongan padu ayah, ibu, abang dan adik yang menjadi pendorong kuat.

“Sejak berusia lapan tahun, saya mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Pengalaman demi pengalaman ditimba bagi mendewasakan diri dengan permainan yang menguji kehebatan minda, ketelitian dan kesungguhan usaha ini.

“Hasilnya, saya meraih lebih 300 kejayaan sejak lapan tahun lalu di pelbagai kejohanan bermula di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Dalam permainan catur, katanya, dia perlu cekap mengatur strategi kerana musuh sentiasa bernafsu meruntuhkan pertahanan bila-bila masa.

Tersilap pergerakan, tenteranya akan menjadi korban. Biarpun tidak memerlukan senjata api berbahaya dan kereta kebal, usaha memerah minda sebenarnya aset berharga.

Nur Shazwani muncul juara bawah 10 tahun pada 1999, diikuti juara bawah 12 tahun kebangsaan pada 2000 dan 2001. Pada 2002 dan 2003 dia turut mempertahankan kejuaraan kejohanan kategori bawah 14 tahun.

Di peringkat antarabangsa, dia menyarung jersi negara dalam Kejohanan Catur Ke-4 Asean pada 2003 dengan meraih pingat gangsa, mengutip emas di Kejohanan Olimpik Remaja Dunia di Calicut, India dan dinobat pemain terbaik di Kejohanan Catur Dunia Olimpiad di Calvia Mallorce, Sepanyol.

“Terbaru, saya mendapat tempat ke-40 daripada lebih 100 penyertaan dalam Kejohanan Catur Olimpik di Itali pada 2006 dan mendapat tempat ketiga (individu) dan johan berpasukan dalam Kejohanan Antara Universiti Dunia di Universiti Malaya tahun ini.

“Pembacaan dan usaha keras pembelajaran di sekolah juga mampu melahirkan kematangan minda remaja untuk berfikiran kreatif serta kritis bagi melunaskan segala perancangan dibina,” katanya ketika ditemui di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Anak kedua daripada empat beradik ini bersama abangnya, Zarul Shazwan, kini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Malaya pada 1 Julai ini selepas cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Ibu dan ayah kembar ini juga orang kuat sukan catur di Selangor dan peringkat kebangsaan. Ternyata hobi unik pilihan keluarga ini berbaloi.

Zarul Shazwan juga berpendapat pembabitan remaja dalam permainan catur memberikan wadah baru kepada mereka agar lebih berfikiran terbuka menuju masa depan cemerlang.

“Dengan latihan mantap setiap hari, saya mampu berdiri sebagai jaguh dalam sukan catur. Kalah dalam pertandingan tidak bermakna kita terus menerima nasib serupa, asalkan ada kesungguhan ia mampu mengubah tahap yang dimiliki itu,” katanya.

No comments:

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

My Time

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan...


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
>>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.
>>> Anda ada dua pilihan sama ada:
>>> 1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
>>> 2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

WelCome!!!!!!!

WelCome!!!!!!!

Shredder Computer Chess

Cikgu Baharuddin

Cikgu Baharuddin

BadBishop VS NanHunter

BadBishop VS NanHunter

NanHunter

NanHunter

Kherul

Kherul

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

GM Abe Lee

GM Abe Lee