.........

.........Membangun BerSama Catur Kelate..........

Kenangan Bersama

Aku Adalah Aku

AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI DIA,
KERANA DIA YANG CUKUP SEMPURNA..
AKU ADALAH AKU,
AKU TIDAK BOLEH MENJADI KAMU,
KERANA KAMU YANG CUKUP BAHAGIA
AKU ADALAH AKU,
YANG SENTIASA KESUNYIAN ,
YANG SENTIASA KESEPIAN.
AKU BERDOA SATU HARI NANTI,
AKU DAPAT MENJADI.
AKU,DIA DAN KAMU!!!

Chess is My Life

Wednesday, 18 February 2009

Pemain cilik bertaraf dunia

Artikal ini DIAMBIL DARI KOSMO! ONLINE

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Ketangkasan kanak-kanak berusia 12 tahun ini bermain catur membolehkannya tersenarai antara 20 pemain catur dunia berusia bawah 10 tahun dalam Kejohanan Catur Dunia.
KETIKA usianya enam tahun, tumpuan anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu bukan pada anak patung atau barang mainan. Sebaliknya, dia lebih fokus pada latihan mengatur strategi 'peperangan' catur.

"Saya minat bermain catur kerana selalu melihat ayah dan abang berlatih main catur.

"Minat tersebut semakin bercambah apabila saya menemani ayah bertanding catur di Batu Gajah, Perak," kata Nur Nabila Azman Hisham, 12, ketika ditemui di kediaman keluarganya di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman, Sungai Buloh itu berkata, semasa dia menemani bapanya bermain catur, keinginan untuk mencuba permainan itu mula berputik.

Walaupun tiada kemahiran, Nur Nabila yang lebih mesra disapa Nabila menjelaskan, dia cuba mempraktikkan permainan tersebut berdasarkan pemerhatiannya.

Ketika itulah, bapanya
Azman Hisham Che Doi, 43, mendapati Nabila bijak menyusun strategi dan berbakat dalam permainan catur. Sejak itu, Nabila terus mendapat latihan daripada bapanya selama setahun.

"Selepas setahun menjalani latihan dan mempraktikkan ilmu catur, saya mula berani menyertai pertandingan catur.

"Pada peringkat awal, saya hanya bermain di sekolah untuk mewakili kelab catur sekolah. Kemudian, saya diberi peluang untuk
mewakili negara dalam pertandingan ASEAN Age Group Chess Championship (2004) di Vietnam bagi kategori bawah lapan tahun," katanya yang berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan tersebut.
NABILA memegang beberapa pingat yang dimenanginya.

Biarpun baru pertama kali bersaing di luar negara dan berhadapan dengan pemain dari Vietnam, Indonesia dan Filipina, dia sedikit pun tidak berasa gentar.

Sepanjang pertandingan berlangsung, otaknya aktif berfikir manakala matanya memandang tepat pada buah catur pihak lawan.

"Peserta dari Vietnam dan Filipina adalah antara peserta Asia Tenggara yang hebat. Setiap langkah buah catur yang dibuka mempunyai misi tersirat dan muslihat," ujar Nabila mengimbas pengalamannya.

Pengalaman tersebut memberikan Nabila peluang untuk mempelajari strategi bermain catur daripada pemain-pemain yang hebat.

Catur merupakan permainan papan yang dimainkan oleh dua orang pada papan catur yang bersaiz lapan kali lapan petak.

Permainan tersebut dipercayai berasal dari India pada zaman pemerintahan Gupta sejak kurun keenam.

Dalam perlawanan catur, pemain perlu sentiasa peka dan memastikan askarnya bergerak di posisi yang tepat serta selamat.

Terdapat 16 buah catur yang terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua kuda (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu ratu (queen) dan satu raja (king). Buah-buah catur itu diatur dalam dua barisan.
FOTO kenangan Nabila ketika bertanding dalam pertandingan Catur Remaja Dunia di Turki.

Pemegang buah catur putih akan memulakan langkah dan diikuti dengan pemegang buah catur hitam secara bergilir-gilir sehingga menemui pemenangnya.

"Jika salah percaturan, maka raja akan ditawan musuh. Oleh itu, saya tidak boleh mengambil langkah terburu-buru kerana teruk padahnya," jelas Nabila.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu menambah, bermain catur memerlukan ketangkasan otak. Sejak mencipta kejayaan di Vietnam, Nabila terus mencipta nama dalam pertandingan catur yang dianjurkan di Malaysia mahupun di luar negara.

Boleh dikatakan, hampir kesemua pertandingan yang disertai gadis genit itu sentiasa membuahkan hasil. Malah, lebih membanggakan, Nabila kini berada di kedudukan ke-1,837 dalam Organisasi Catur Dunia (FIDE).

"Terbaru, saya menjadi juara dalam pertandingan catur anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill di Kuala Lumpur," jelasnya yang memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 dan trofi. Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah.

Selain itu, Nabila yang juga menggemari sukan bola jaring pernah menjuarai Kejohanan Chessmaster Bandaraya Johor Bahru 2008, memungut pingat emas di KL Open Chess 2008, pingat perak (bawah 12 tahun) Sukan Wanita Kebangsaan dan bergelar juara dalam Kejohanan Junior Kebangsaan.

Tidak ketinggalan, dia pernah diiktiraf sebagai 20 pemain (bawah 10 tahun) dalam Kejohanan Catur Dunia.

Pada pertemuan dengan Kosmo!, Nabila sempat menunjukkan fotonya ketika mewakili negara dalam pertandingan Catur Remaja Dunia di Turki.
KOLEKSI piala yang dimiliki oleh Nabila dan adik-beradiknya yang lain.

Walaupun sekadar menduduki tempat ke-27 daripada 80 peserta, pengalaman tersebut sentiasa terpahat di dalam memorinya. Apatah lagi ketika itu, dia perlu bersaing dengan peserta dari Turki, Rusia, Kanada dan sebagainya.

"Pertandingan di Turki antara pertandingan yang mencabar minda dan kekuatan fizikal. S
aya bukan sahaja perlu menahan sejuk, malah terpaksa berhempas-pulas menentang peserta yang handal terutamanya pemain Turki.

"Gerak-geri mereka sukar ditafsirkan. Mereka bijak mengatur strategi," ujar Nabila yang bercita-cita menjadi jurulatih dan membuka kelas catur apabila dewasa kelak.

Bercerita mengenai cabarannya sebagai pencatur, Nabila menyifatkan proses pembelajaran merupakan cabaran yang paling berat.

Dia bukan sahaja perlu mengenali nama buah catur malah perlu menghafal pergerakan buah catur. Ini kerana setiap buah catur mempunyai langkah tersendiri.

"Seperti kuda (knight) perlu bergerak dalam bentuk L manakala tir (rook) bergerak secara melintang atau membujur sejauh mana yang dikehendaki, tetapi bukan secara pepenjuru," ujar Nabila yang berpegang pada prinsip tidak memikirkan soal takut dan kalah.

Catur erat hubungan keluarga

KECEMERLANGAN Nur Nabila Azman Hisham dalam permainan catur turut disertai oleh adik-beradiknya yang lain, Mohd. Nabil, 15, Nur Najiha 10, dan Mohd. Najwan, 8.
SELAIN latihan secara praktikal, himpunan buku catur turut membantu corak permainan Nabila.
AZMAN berlatih bermain catur bersama anak-anaknya selama dua jam setiap hari mulai pukul 9 malam.

Jika keluarga lain gemar menghabiskan masa menonton wayang atau bersantai pada hujung minggu, keluarga Nabila pula sebaliknya. Hujung minggu adalah hari mereka sekeluarga menyertai pertandingan catur.

"Anak-anak tidak pernah merungut, sebaliknya menjadi resah jika tiada aktiviti berkaitan catur pada hujung minggu," jelas Azman Hisham Che Doi, 43, mengenai anak-anaknya yang begitu obses pada permainan catur.

Ini turut diakui oleh Mohd Nabil yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pada tahun ini.

"Tidak lengkap kehidupan saya tanpa catur. Seronok bermain catur kerana ia mendidik kita supaya sentiasa peka dan memahami corak permainan pihak lawan.

"Pada masa yang sama, ia menguji kemahiran minda berfikir dalam menyelesaikan masalah. Kaedah (berfikir) itu sebenarnya banyak membantu saya dalam subjek Matematik yang memerlukan kita mencari jalan kerja bagi mendapatkan jawapan yang tepat," kata Nabil tentang keistimewaan catur.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Yee Wang dari Universiti Chinese Hong Kong pada tahun 1977 hingga 1979, beliau mendapati pemain catur menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus dalam ujian subjek Matematik dan Sains.

Ini kerana antara permainan catur dan silibus Matematik, persamaannya terletak pada proses menyelesaikan masalah, merancang, menjadi sistematik dan menentukan langkah yang perlu dilakukan.

"Sebab itulah, untuk menguasai langkah dan kefahaman catur, ia tidak hanya bergantung pada latihan secara praktikal. Asas teori juga perlu dititikberatkan seperti membaca buku panduan atau bahan bacaan mengenai resipi kejayaan pemain catur profesional.

"Dengan membaca, mereka akan lebih memahami corak permainan, mengurangkan rasa gerun ketika bertanding dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh mengundang kekalahan," tambah Azman.

Setiap hari, Azman akan melatih anak-anaknya bermain catur selama dua jam bermula dari pukul 9 malam.

No comments:

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelatan 2007 (Serawak)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2008 (MELAKA)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

Kontijen Kelantan 2009 (SELANGOR)

My Time

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan...


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
>>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.
>>> Anda ada dua pilihan sama ada:
>>> 1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
>>> 2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

WelCome!!!!!!!

WelCome!!!!!!!

Shredder Computer Chess

Cikgu Baharuddin

Cikgu Baharuddin

BadBishop VS NanHunter

BadBishop VS NanHunter

NanHunter

NanHunter

Kherul

Kherul

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Soffi VS BadBishops

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

Cikgu Sahadi,Cikgu NiK Mazlan dan Cikgu Hanis

GM Abe Lee

GM Abe Lee