Assalamualaikum.
MasterChess91 menumpang kereta saudara Badbishops untuk hadiri Kursus Kejurulatihan Catur 2009 Tahap 1...

Stonemaster AKA SM AKA Coach Fadli ingin menawarkan perkhidmatan latihan catur kepada individu dan kumpulan yang berminat.
Latar belakang Stonemaster(SM) :-

Bakat beliau dalam bidang catur terserlah semenjak di bangku sekolah lagi. Pada tahun 1986 iaitu ketika beliau baru berusia 16 tahun, beliau telah dilantik sebagai presiden kelab catur Sekolah Menengah Dato Jaafar, Johor Bahru. Bakat beliau juga terserlah dalam kepimpinan pelajar apabila menjadi ketua pengawas sekolah SDJ pada tahun yang sama. Pada tahun 1986 juga, beliau telah menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) acara individu dan dipilih mewakili MSS negeri Johor ke kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kota Bahru, Kelantan.Tahniah!!
Seramai 38 peseta yang terdiri daripada cikgu-cikgu sekoah menengah mahu pun sekolah rendah sertai Kursus Kejurulatihan Catur.Antara slot yang SM titik beratkan dalam kursus selama dua hari ini ialah,
- Pengenalan Catur
- Peraturan Dalam Bukaan 'opening' Catur
- Cara Belajar Opening
- Asas/Elemen Taktik
- Asas endgame
- Cara menggunakan Perisian Swiss-46


SM dengan senyumnya bersama Cikgu Baharuddin pada malam kejohanan BlitzChess








SM menerima hadiah cenderamata daripada ketua unit sukan Kuala Krai semasa majlis penutupan

Minum petang majlis penutupan bersama StoneMaster





Permainan Last Bersama StoneMaster dirumah En.Baharuddin sebelum beliau bertolak balik ke Kuala Lumpur

No comments:
Post a Comment