MasterChess91 post lagi sekali artikal yang tidak ada kaitan dengan catur lagi..Tetapi ia berkaitan dengan Dunia Akhirat Anda.. PASTI DAN PASTI AKAN LALUI SENDIRI.......
Ceritanya bermula....
Ada sebuah masjid yang dikenali dengan nama MASJID JAMBU,masjid tersebut terletaknya di Kampung Jambu Kota Bharu Kelantan,iaitu berhampiran dengan rumah masterchess91.Masjid tersebut memerlukan SUMBANGAN DERMA IKHLAS ANDA SEMUA,bagi menyiapkan masjid tambahan Mukin Jambu secepat munkin..
Oleh itu masterchess91 berharap kepada semua pelawat-pelawat blog ini agar menghulurkan sedikit sebanyak derma secara ikhlas (Tidak ada Unsur Paksaan) bagi menapung tabung masjid untuk menyempurnakan masjid Mukin Jambu.
Masterchess91 Yakin Dan Percaya Bahawa pemain-pemain catur Tanah Air ini dermawan orang nya.... Hulurlah sumbangan anda walaupun sedikit... ikhlas kerana ALLAH SWT.....
Inilah gambar masjid Mukin Jambu
Penambahan masjid sedang dibina sekarang
Menurut Kamus Dewan DBP menyatakan DERMA adalah...
1. sumbangan, bantuan, pemberian, sedekah, khairat, hadiah, cenderamata
2. pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; bantuan wang kepada kumpulan (yayasan dan lain-lain)
3. bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas, sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain)
(credit to http://hafizuddinawang.blogspot.com/2008/10/ironi.html)
Beberapa Hadis Abu Hurairah r.a yang diambil dari Bentang
Hadis
Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum harta menjadi banyak serta melimpah-ruah sehingga ada seseorang yang mengeluarkan zakat hartanya tetapi tidak bertemu seorangpun yang ingin menerimanya dan sehinggalah Tanah
Pernambahan Masjid baru disebelah kiri gambar
Hadis
Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu yang mampu membuat pendinding iaitu penghalang dari azab Neraka walaupun hanya dengan sebelah buah kurma maka lakukanlah
Sedang dibina.....
Hadis
Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDERMA SECARA IKHLAS,
Bolehlah derma melalaui AKAUN BIMB MASJID MUKIN JAMBU di NO akaun di bawah:
AKAUN BIMB MASJID: 03-018-0202-12385 (rujuk gambar di atas)
InsyaALLAH kita semua akan diredai dan diberkati NYA....DI Dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.. insyaALLAH......
ini sahajalah yang mampu masterchess91 dapat ikhtiar.. Harapan semoga duik dalam tabung masjid akan bertambah dengan banyak.... Segala Jasa baik anda akan dihargai,semoga Allah sahajalah membalas Jasa Baik anda Semua.....
MEMBANGUN BERSAMA CATUR.... hehehhe
p/s: Kalau nak derma… Tangan kanan bagi tangan kiri tak boleh tau pun.. Itulah ibaratnya...
No comments:
Post a Comment