
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tinggal dalam rumah yang kurang sempurna di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu bukan menjadi penghalang kepada kejayaan Nik Nur Madihah dalam pelajaran.
Kemiskinan bukan penghalang kejayaan, kekadang kemiskinan boleh menjadi pendorong yang kuat bagi seseorang untuk mengubah nasib diri dan keluarganya.
Motivasi untuk berubah itu yang memberikan kekuatan untuk belajar. Tiada sebab mengapa mereka yang menikmati kemudahan yang lebih baik tidak boleh berjaya seperti Madihah.
Faktor penentunya adalah pada diri sendiri. Antara mahu atau pun tidak. Tahniah Nik Nur Madihah.
sumber DR1221
No comments:
Post a Comment